1.
MAKANAN
1. Pengelola
telah melantik pembekal makanan dewan asrama tempat penginapan kontinjen bagi
mempastikan kualiti dan kebersihan makanan adalah terkawal dan berdasarkan
beberapa justifikasi lain. Kontinjen diminta mengambil makanan dari Dewan Makan
asrama ditempat penginapan kontinjen masing-masing . Kontinjen diminta
menghubungi pihak pembekal makan untuk memudahkan urusan makanan kontinjen .
2. Pengelola ada
menyediakan makanan kepada pegawai kejohanan, pegawai teknikal, pembantu teknik
dan lain-lain petugas disepanjang kejohanan.
3. Kantin sekolah atau asrama digalakkan
membuka perniagaan seperti biasa.
2.
MINUMAN PERTANDINGAN
1. Minuman
semasa pertandingan dijalankan disediakan untuk pemain-pemain dan pengadil dan
petugas di setiap gelanggang.
2. Pada dasarnya,
minuman rasmi pertandingan ini ialah MILO.
3. Minuman
“drinking water” akan diserahkan kepada semua MSSN yang mengambil bahagian
semasa sesi Taklimat Pengurus Pasukan.
