PENGANJUR
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)
PENGELOLA
Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS)
TUJUAN
Pengelolaan pertandingan ini adalah bertujuan:
1. Untuk
memaklumkan kepada Jawatankuasa mengenai Konsep Pengelolaan Kejohanan Sofbol Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2013 yang akan dijalankan pada bulan Jun 2013 di Seremban,
Negeri Sembilan.
2. Mengenalpasti
aspek – aspek pengurusan yang patut dititikberatkan dalam pengelolaan kejohanan.
3. Menyenaraikan
keperluan tenaga manusia, peralatan dan tempat pertandingan bagi kejohanan ini
disamping meneliti keperluan dan kekuatan sumber kewangan bagi tujuan
menjayakan kejohanan ini.
MATLAMAT
Pengelolaan pertandingan
ini adalah bermatlamatkan:
1. Pengelolaan yang
berkonsepkan kesederhaaan, mengutamakan kualiti dengan mematuhi
piawaian pengelolaan permainan tersebut.
2. Perbelanjaaan
berhemah tanpa mengabaikan kemeriahannya.
3. Meminimakan
tenaga pengelola dan penyelarasan kerja bersesuaian dengan bajet sedia ada.
ACARA SAMPINGAN SEMPENA PERTANDINGAN
1. Taklimat pengadil dan hakim.
2. Mesyuarat Pengurus Pasukan
3 Mesyuarat
Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan Sofbol MSSM.
4. Majlis
Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah Kejohanan Sofbol MSSM 2013